Alhamdulillah. tahun ini menjadi tahun yang istimewa apabila Digicto Network Solution akhirnya berjaya menerbitkan kedai digital Putrahost.com, untuk menawarkan perkhidmatan web domain dan web hosting dan pekhidmatan-perkhidmatan bersangkutan yang lain seperti pengurusan email korporat dan sijil keselamatan (SSL). Kami berharap dengan adanya penawaran perkhidmatan darpada Putrahost ini akan menyemarakkan lagi pembangunan internet sebagai wadah maklumat dan perniagaan yang berkesan.

Putrahost menawarkan perkhidmatan berkualiti melalui penyedia utama dalam bidang domain dan hosting ini termasuk daripada Endurance (Hostnine, HostGator, Bluehost dan Resellerclub). Kami menyediakan perkhidmatan dengna nilai Malaysia yang mana pakej yang disediakan adalah dalam keupayaan pengguna termasuk praktikaliti pekej yang disediakan.

Selanjutnya, Putrahost menawar perkhidmatan berasaskan pengalaman dan menyasarkan pengusaha kecil dan sederhana. Putrahost berazam untuk membantu pengguna menerokai kaedah pembangunan marketing melalui internet sebagai salah satu strategi perniagaan masing-masing.

Putrahost menampilkan antaramuka berbahasa Melayu mengambilkira tumpuan perkhidmatan ini adalah kepada penduduk Malaysia. InsyaAllah dalam masa terdekat, aktiviti penterjemahan sistem akan selesai sepenuhnya. Putrhost juga memastikan perkhidmatan yang ditawarkan ini diuruskan memenuhi keperluan syarak yang asas seperti mengelakkan unsur-unsur arak, judi dan maksiat serta pematuhan kepada pembayaran zakat sebagai satu syiar yang dijulang oleh Putrahost.

Putrahost mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 62. Semoga Malaysia kekal bersih dan sejahtera.

Amir Hamzah
Putrahost Lead Team
Putrajaya.



Friday, August 30, 2019

« Back

Powered by WHMCompleteSolution