Kenali Putrahost

Terima kasih kerana mengunjungi Putrahost Network di Putrahost.com. Putrahost adalah sebuah perkhidmatan hosting dan domain serta sokongan internet yang lain termasuk komunikasi email dan sijil keselamatan. Putrahost dijanakan oleh Digicto Network Solution, sebuah perniagaan yang berdaftar dengan SSM Malaysia. 

Putrahost dibangunkan bertujuan untuk membantu para pengguna internet untuk memanfaatkan internet untuk keperluan peribadi atau perniagaan atau persatuan masing-masing dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Pelan hosting dan pakej-pakej yang disediakan mengambil kira nilai-nilai Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan semasa penerbitan dan penggunaan internet di Malaysia. Pekej yang ditawarkan dengan harga mampu milik dan realiti sebenar keperluan dan penggunaan internet agar wang yang dibayar adalah berdasarkan keperluan. 

Putrahost menawarkan perkhidmatan secara perkongsian pengalaman yang mana kami berazam untuk membantu pengguna dalam menerokai potensi idea dan perancangan mereka untuk melonjakkan usaha sedia ada kepada usaha yang mendapat perhatian masyarakat dan dunia. 

Putrahost ditunjangi oleh usaha anak muda bumiputra di Malaysia, yang berazam untuk menawarkan perkhidmatan hosting secara realistik dan kami berazam untuk menawarkan perkhidmatan kami berasaskan syariah. Dalam konteks ini, penerangan dan ciri-ciri perkhidmatan diperjelaskan kepada pengguna. Putrahost menawarkan perkhidmatan sokongan dengan pengurusan hosting dan domain dilaksanakn melalui pihak penyedia diluar negara atau singkatkan reseller. 

Putrahost melanggan perkhidmatan secara pukal dan ditawarkan kepada pengguna untuk khidmat sokongan yang lebih efektif. Dalam hubungan ini juga, perkhidmatan yang disediakan adalah bertaraf industri dan memenuhi keperluan standard dalam industri domain, hosting dan sijil keselamatan. 

Untuk melindungi hak pengguna, penawaran perkhidmatan dibuat bukan secara kontrak dan pengguna boleh membatalkan perkhidmatan pada bila-bila masa dengan bayaran baki perkhidmatan yang ditamatkan yang masih belum digunakan boleh dipulangkan balik kepada pengguna. Kami telah merangka prinsip pulangan semula (refund) yang adil kepada Putrahost dan Pengguna untuk menjamin kebajikan pengguna.

Putrahost juga menjalankan program-program komuniti melalui aplikasi web seperti aplikasi i-aqsa (Integrated Al-Quran and Sunnah Application) yang dihost di www.i-aqsa.com dan aplikasi ihijrah yang dihost di www.ihijrah.com yang merupakan aplikasi antarabangsa untuk menyukat kemajuan ibadah seperti solat dan zikir dari segi kualiti masa dan kuantiti. Putrahost telah menaja perkakasan dan teknologi pembangunan bagi kedua-dua projek ini. 

Kami memohon sokongan pengguna untuk membantu kami melalui langganan domain dan hosting dan kami menawarkan khidmat sokongan ilmu untuk perkongsian dengan pengguna. Sekian, terima kasih.

“Laman web adalh masa depan”

Putrahost Team.

  • 0 Users Found This Useful
Was this article helpful?

Related Articles

Terms & Conditions

    This Terms of Service ("Agreement") is a legally binding contract between Putrahost...

Privacy Policy

Information Covered by this Privacy noticeThis privacy notice, which may also be referred to as a...

Polisi Bahasa / Language Policy

Putrahost adalah dalam proses untuk menyediakan antaramuka yang dikhususkan kepada Malaysia...

Patuh Syariah

Putrahost menjamin pematuhan syariah dalam pelaksanaan perkhidmatan seperti berikut:...

Powered by WHMCompleteSolution